special dedicate for them!

kalau nak dikira dengan jari,tak sampai seminggu je lagi nak masuk sem baru..Aduh ni yang tak suka ni.Bila dah cuti lama rasa malas gila nak belajar balik.Lagi-lagi bila ade masalah kolej ni..

Nak dapat kolej balik macam tipis je harapannya tapi sye tak kira nak jugak duduk kat dalam..hehe
Kalau dapat pun memang susah la nak dapat h0usemate yang sama.h0usemate sye dulu semuanya hebat-hebat belaka.Bukan tu je baik,caring,fun,amanah,bestari,cekal,dedikasi,efisyen,fasih,gigih,hebat,ikhlas,jujur,kental,luhur..Hahaha semua nilai-nilai murni sye bagi.



Ok disebabkan itu sye nak story serba sedikit tentang mereka..Yelah lebih kurang 4 bulan lebih stay dengan diorang segala suka duka tangis tawa dikongsi bersama..cheewahhh!Nasib baik sye dapat diorang as h0usemate.Mula-mula dulu takut jugak la kot-kot dapat yang cerewet ke sombong ke ape ke kan tak ke sengsara hidup!dimulakan dengan.....
Bismillah...hehe

Miss Pikalurve aka r00mate.

best r00mate ever!
nama diberi : Syafiqah binti Hasyim
nama komersial:pika
AgroTechnology..
Selangorian


that's why dia pegang buku business math.Sye sangat tak suka subjek tu.Pening kot.Walaupun sye tak belajar subjek tu cukuplah tengok nota cik pika ni pon sye dah pening-pening lalat.

Impian dia yang paling besar is nak ada jenama pikalurve sendiri.Sekarang ni pun da ade blog atas nama pikalurve pun..g00dj0b girl!

tidakkah anda rasa dia sangat cute??yup ramai kot peminat dia..hehehe
first time jumpa fatin pika ingat fatin ni sombong gilaaa oh!
walawehh~hehe

Pika-Ratu air mata..sangat mudah mengalirkan air mata.Cukup hanya dengar lagu for the rest of my life. Terkejut jugak masa tu tetibe je dia nangis ingatkan kenapa rupanya tengah feeling lagu tu.Hampir semua cerita yang kitorang tengok dia akan nangis.Lembut betul hati dia tak macam sye egoistik je lebih. =p

kreatif kan?masa ni tengah boring-boring dalam bilik..Housemate lain ade kelas.Kitorang pun ape lagi photoshot lah..=D

pika:diba meh sini tengok gambar pika..ok tak??
diba:wah cantik-cantik.

beberapa minit kemudian..

diba:eh macam ade bentuk LOVE la dalam pic ni..
pika:laaaa dibaaaa!!itulah motif sebenar gamba ni..hahahaha

serius malam tu diba buat lawak!!hehehe sory dibaaa..

80% masa sye kat sane dihabiskan dengan miss pika ni.Yelah dah nama pun roomate kan.
kalau nak compare dengan bilik lain,.bilik kitorang paling ceria ala-ala astro ceria tu..
mana tak nya bilik kitorang dah boleh jadi panggung wayang.Ade je movie best-best dalam laptop pika ni.


pergi shopping pun dengan dia jugak..Best gilalah shopping dengan dia.Sye rase macam tuan puteri yang nak dimakeover..hihihi
Haritu makan pizza dengan dia penuh 1 meja..kalah table orang yang datang dengan family.Padahal makan berdua je..Ala sekali sekala takpe,dalam Pilah tu mana nak dapat makanan best-best mcmni kan.

Pikaaa...sory haritu lambat kejut masa exam CTU..sory gila3!!!Dah kejut sebenarnya tapi Pika pun tau kte kan tak reti nak kejut-kejut orang ni...serba salah gila masa tu...Sory sory soryyy! =( hopefully pika tak marah lagi yerr..


Miss Amiya Hira

nama diberi:Nur Anis Amira. (binti ape eh?kelupaan laaaa)
nama komersial : Amiya hira (gabungan nama dia dengan shahir..hehe)
Food Technology.
Kelantanise..hehehe

peminat setia Shahir af8..gila-gila punya minat lah.Pantang dengar orang sebut Shahir.
tagline dia "ingat shahir ingat mira"

Mira ni sempoi habis la..pandai pulak tu!antara sebab dia takde dalam bilik adalah......pergi study group!!adoi tersangat la rajin.Mira jugak tempat sye kongsi cerita..ha sye kan storyteller..hehe macam-macam cerita la dah cerita kat dia.Tak kurang jugak secret-mecret..huhuhu

next sem dia da takde kat Pilah sebab dia dapat Farmasi under SPA.huuu sedih ouh!
i'm gonna miss you..and your laughter too.
kecil molek je mira ni...
agak-agak boring sye mesti rembat dia punya phone gara-gara addicted dengan game kat phone dia.
hehe tak patut betul.!

belajar makan budu pun dengan dia jugak laa..Siap bawak budu tu dari Kelantan,bukan setakat budu sekali dengan asam limau dia bawak..hebat!
orang Kelantan memang tak boleh dipisahkan dengan budu agaknya kan.
"Fatin..jangan cakap loghat Kelantan la tak sedap bunyinya..hahaha"

peminat setia filem Hindustan..semua cerita dia pernah tengok.While sye ni cerita kuch kuch hota hai pun sye tak tau pasal ape.Silalah bersimpati dengan sye..

masa tayangan unggul cerita Mohabbatein kat dalam bilik pun sye boleh bantai tido.Diorang yang lain siap terlopong,ternganga, siap nangis-nangis lagi tengok cerita tu,sye pulak lena dibuai mimpi.Yang sye tau sedar-sedar je cerita tu dah habis. HAHAHA sye memang heartless!

Mira kome dah makan ke belum tanda soal
Mira nanti nak turun ajak sekali tau titik dua kali tanda seru
Hahahaha agak sengal-sengal ubi jugak la bila kitorang cakap macam ni kan..

benda paling gila kitorang pernah buat:recording lagu makhluk tuhan paling seksi sampai hancuss lagu tu..erm sye la penyebab utama!

mira tempat sye bermanja-manjaan juga..
tempat rujukan di kala tak tau 1+1 = ? takpun y = mx + c tu formula ape.. =D

Miss YnaTomBil

nama diberi : Siti Nur Amalyna (kalau salah sorry)
nama komersial : YnaTomBill (sebab peminat setia Tokio Hotel)
Food Technology.
Perakian

sebab miss yna ni la sye allergic dengar lagu bad romance dengan tik tok..heeee sampai boleh hafal step-step korang tau!

nampak je serius tapi kalau dah buat lawak bole pecah perut tau!
cerita dia yang sampai sekarang ni still melekat dalam benak fikiran adalah...
cerita pasal pengeras tudung dengan cerita memerang vs singa laut..hahaha nak cerita kat sini panjang sangat laaa.
ha lagi satu..plan nak bagi name anak yang boleh dipanggil Tom and Bill..cadangan adik beliau..bagi nama Tomok dengan Nabil so bolehla panggil Tom and Bill kan..Ahahaha =P

yna and mira roomate!dua-dua comel.
"first time yna tengok fatin,yna ingat fatin ni garang dah la pakai braces lagi la nampak garang.."
hehehe =D

percaya atau tidak ynaa ni die hard fan Tokio Hotel lagi-lagi dengan si kembar Tom and Bill.Sangat-sangat menggilai mereka sampai sye pon taktau kenapa.Sanggup buat ape saja untuk Tokio Hotel..!dekat white board tak sah kalau takde words yang ade kena mengena dengan mereka.

sebab yna jugak la sye kenal siapa dan apa itu Tokio Hotel.Sejujurnya sebelum ni sye taktau ape itu Tokio Hotel.Kalau orang tanya masa tu mungkin sye jawab Tokio Hotel tu adalah sebuah hotel dekat Tokio yang sangat terkenal.Mungkin lah!!Haha dan sye juga tak mungkin tahu Tom dengan Bill tu kembar.Sangat lain muka depa kan?


ha see kan sye da cakap die hard fan!!!

Miss Diba

nama diberi: Farah Adibah Binti Mohd Zam
nama komersial:diba (jangan tanya sye kenapa tak panggil farah ok!)
Food technology
Selangorian

sports women.Sangat aktif dengan volley ball.Memang salute dengan dia sebab pandai bahagi masa.Kalau sye memang hancur berderai-derai masa tu.

mempunya seorang adik yang sangat cute.!

agree with me?
kalau tak duduk je diam-diam kat situ jangan nak kecoh-kecoh ok!

suka tengok dia pakai tudung nampak sangat sweet!kan3?

dah macam tangga je..hehe
Shopping raya kat Bahau then buka puasa Pizza Hut..memang hari tu jelah makanan buka puasa yang paling mewah rasenye.

Dalam kes ni sye yang takut tengok Diba masa mula-mula datang sebab dia terlalu peramah sampai sye tak tau nak cakap ape dengan dia..hehehe

Miss Syaza

nama diberi : Nur Syaza binti Sabli.
nama komersial : Syaza
Agro Technology
Selangorian

Sangat suka menyendiri dalam konteks lain suka duduk dalam bilik sorang-sorang sampai kitorang tak sedar sebenarnya dia ade dalam bilik ke tak.

memiliki rambut dan mata yang cantik serta unik..jelous tau!
bukan itu saja tapi juga memiliki pakwe yang cute macam dia..hehe sangat secocok ok!

mempunyai teddy yang bernama Ismail yang juga ber mak tiri kan Pika..haish apesal ayat belit-belit ni??haha paham-paham sendiri la yer!


sweet kan miss syaza ni.
kenangan yang paling tak boleh lupa dengan dia bila baju yang kitorang pakai sama sebijik..hahaha baju beli 1 percuma 1..hehe

perasan tak sye sorang je DIS (dip in science) kan?sedih kot takde geng.takpe-takpe geng sye is akak senior..

akak Dia..Nadia (tak tau la ape nama penuh)
senior DIS sem 3.
Kelantanise
*akak sory copy paste pic..*

friendly gila akak ni..macam-macam cerita dia share.lagi-lagi pasal mistik alam hitam..hehehe
buku akak ni jugak la jadi mangsa sye masa mula-mula dulu.Kitorang sangat beruntung dapat akak senior baik macam ni..ade sesetengah senior sombong tak hengat dunia.

hmm lagi satu,dikesempatan ni sye nk mintak maaf jugak kat akak sebab sepanjang study week haritu kitorang asyik buat bising je..Bising tak hengat dunia..huhu Big Sory!!

to all of you thanx a lot for everything..halalkan segala makanan yang korang dah bagi,berkatkan segala ilmu yang korang dah curahkan.Sory if ade salah dan silap,terkasar bahasa ke,terpukul ke.(dah macam nak bagi ucapan raya pulak!)

pape pun korang lah my best housemate ever..!

**tak tahu lah kenapa ayat skema sangat kali ni,terimalah seadanya yer**

my name

CONVERSATION

4 comments:

@mi_RuL said...

nice pix...bnyk yer mkn...hehe

Fatin Hanani said...

thanx @mi_rul..
makan tu hobi..hahaha

Anonymous said...

thanx byk2 tintin!!vary2 nice but gmbo yg first mlulaa..keh6!knangn hsmte 2010!!!

Fatin Hanani said...

hehehe mira comel ape yang nak dimalukan??

Back
to top