Dimana ada y di situ ada dy/dx

Tu bukan peribahasa baru ok.Janganlah pulak gatal-gatal masukkan dalam karangan korang pulak,nanti tak pasal-pasal kena ketuk dengan cikgu BM!tapi kalau dengan cikgu addmath confirm A++ cikgu tu bagi. Sejuk perut dia dapat student macam ni..mungkinkah?

dekat post NI sye ade story pasal good looking lecturer..ala sikit je pun cerita pasal tu..haha
ahhh itu semua tak penting..yang penting sekarang ni dia dah takde kat sini lagi,dengan kata lain dia dah tak ajar kitorang lagi sebab dia di transfer ke Shah Alam..huuuu =(
eleh seronok la korang yang kat Shah Alam tu kan dapat good looking lecturer tuh.Ciss!!Tak dapat kitorang nak cuci-cuci mata lagi.

Kata-kata terakhir daripada beliau..

 "kalau ade jodoh nanti kita jumpa la kat Shah Alam"
eh tak-tak silap dialog lah!Pandai-pandai je fatin nih.

"Nanti kalau ada rezeki you all sambung degree kat Shah Alam kita boleh jumpa lagi"
haaa lebih kurang macam tu la bunyinya! 

Banyak jugak lecturer hot-hot lagi meletup kat Shah Alam tu kan?Ni yang buat sye rasa tak sabar-sabar nak sambung degree.Eleeehhh macam la dah confirm dapat kat situ kan =p tengok-tengok dapat kat Pilah jugak.Ooohhhhhh NooooooOOOOOOOO!!!

lagi-lagi bila Yusri KRU one of lecturer kat situ kan? perrrgghh gila kentang lah!
tak tahu la betul ke tak cerita yang sye dengar ni..khabar angin atau tidak????sila jawab wahai wartawan-wartawan sekalian.!

Tapi lecturer yang baru ni not bad lah jugak.Eh salah-salah bukan setakat not bad tapi ok sangat lah dia tu walaupun dia ajar laju gilerr kalah KTM.Ye sye tau KTM memang lembab pun..hehe
sehari dia ajar boleh habis 4 subtopik.Untuk subjek Calculus memang sangat banyak la 4 subtopik tu sampai tepu kepala otak kitorang ni.Cara dia ajar memang SUPERB!benda yang susah boleh jadi senang.yeaaa sye sukaaa!Dia buat sye semangat nak buat segala tutorial yang ada.Ada aura barangkali lecturer ni.Bukan calang-calang orang ok.Penerima Anugerah Naib Cancelor tau!!!hebat-hebat.

eh ni bukan gambar dia..ni curi kat google je..hehe
serabut kot papan hitam dia..kalau dapat lecturer macam ni pening kepala otak.tak tau mana first point mana last point,mana checkpoint 1,2,3 dan seterusnya..

 Subjek Calculus sem ni memang mencabar habis-habisan la bila da masuk bab differentiation yang sangat dibenci zaman dahulu kala.Masa SPM dulu pun itu la soalan yang akan ditinggal tanpa berfikir panjang tapi sekarang suka ke tak ke kena jugak la belajar..Boleh tahan best jugak kan topik ni..ahaha kalau dari dulu cakap macam ni confirm addmath A++

 tiba-tiba rasa diri sendiri bijak bestari bila dapat jawab soalan differentiation.
Bolehlah kalau setakat nak berlagak dengan budak form 3 kan..

rasa sangat teruja bila math pun ada belajar guna computer..tekan itu ini then keluar sebijik graf..WOW jakun seketika..Ala sye kan budak kampung je mana la tau benda-benda ni semua..ngeeee~

then nak hantar assignment pun kena send guna email..Wah zaman dah maju.Dunia IT la katakan.
Lecturer sekarang ni pun dah bagi homework,assignment,tutorial guna student portal,email..then lepas ni mungkin student tak payah pergi lecture,just duduk depan laptop webcam/skype dengan lecturer je.hahaha sekali dengan parents join sama..  

my name



CONVERSATION

0 comments:

Back
to top