Tiap kali on FB mesti berlambak-lambak application yang menanti untuk di approve.Kadang-kadang layankan jela tapi selalunya sye main ignore je..Bukan la kejam bukan jugak tak nak hargai ape yang orang bagi tapi banyak sangat benda yang merepek tapi ade satu benda yang menarik hati.SINGKAP TARIKH LAHIR MENGIKUT BULAN.Tapi kena on FB dulu lah yerr!Sye rase tak salah kot try benda mcmni,just have fun je janganla taksub sangat sampai melebih-lebih pulak.Ni antara karekter bulan Oktober.Yela sye kan lahir 3 Oktober.Ha ape dia nak sye ulang sekali lagi?? 3 OKTOBER..ala macam lagu Awie tu TRAGEDI 3 OKTOBER..huhu suka-suka je tambah 3 kat depan tu kan..
~suka berbual~
dah ade mulut cakap la kan..tapi better diam kalau tak tau nak cakap ape.Itu prinsip sye.Ceh prinsip tuuu..hahaha ayat nak best je.Kalau tak kenal orang tu memang orang akan cakap sye ni pendiam tapi kalau yang dah lama kenal tu mesti terus kena morning sick kalau dengar orang cakap sye ni pendiam..
Tapi yang paling sye tak faham sekarang ni kalau dengan lelaki tak kesah la lelaki ini ke lelaki itu ke mesti speechless,kelu lidah untuk berkata-kata.Tak pasal-pasal nanti kena cop SOMBONG!
~suka orang yang sayang padanya~
sape yang tak suka orang sayang kat kte kan?
kalau ade meh sini jumpa.Nak kena brainwash ni.!
kalau ade meh sini jumpa.Nak kena brainwash ni.!
~suka ambil jalan tengah~
tak main la tepi-tepi jalan ni..tak mencabar.Hahaha
sye suka buat sesuatu benda tu nampak mudah.so takyah nak pening-pening.sebesar mana pun masalah tu sye akan cakap ''ala relax la small matter je tu'' tapi at last diri sendiri yang menggelabah,kelam-kabut.Padan muka..tu yang kena ambik jalan tengah tu biar kena langgar kereta.hehe
~sangat menawan dan sopan santun~
bab yang sangat menawan tu no comment tapi sye pernah jumpa Fatin means menawan juga selain drpd menarik.Bukti?lupa la jumpa kat mana.
sopan-santun?tak tau la ye ke idak tapi buat masa ni tak pernah la pulak kurang ajar ke maki hamun orang ke.
~kecantikan luar dan dalam~
kecantikan luar entah lerr.Ciptaan Allah semua cantik kan?tapi kalau nk bandingkan dengan orang lain sye ni biasa-biasa je.
dalam?hmm kena bedah dulu la baru tau cantik ke tak..tapi paru-paru sye still cantik lagi kot sebab sye tak merokok..Ya katakan TIDAK!!!
~tidak pandai bohong dan berpura-pura~
yes sangat-sangat setuju.Bab tipu menipu ni fail sikit.Bukanla nak cakap sye ni baik tapi memang pon..hahaha
nampak terang,jelas dan nyata kalau sye menipu..Tengok muka pun boleh tau takpun tengok tang mata..
Tapi kalau tipu main-main tu pro jugak la.Nasib baik mak jenis sporting so takyah nak tipu-tipu kalau nak keluar.hehe
~mudah rasa simpati,baik dan mementingkan kawan~
sangat tak boleh tengok orang buat muka kesian.Rasa nak pukul je.heeee
baik??memang ponnn..baik hati lagi tuu..haaa perasan.Someone pernah nasihat sye ''jgn baik sangat nanti orang pijak kepala'' then nak buat jahat ke dengan orang?bagi sye biar orang buat kte jangan kte buat orang.Tak baik balas dendam nanti dosa masuk api nerakaaaa...haaa kan da macam budak-budak..
~sentiasa berkawan~
kalau takde kawan ape guna kan?Siapalah FB tanpa kawan-kawan kan??ha ade kena mengena ke?
kalau boleh sye nak berkawan dengan semua manusia so jalan sana jalan sini semua orang kenal..baik jadi top star kan??hehehe
tiap tahun Open House akan dipenuhi oleh sahabat-handai sye je..Hot je orang lain..=p
~hatinya mudah terusik tapi merajuknya tak lama~
sensitif la kononnye..kalau tengah marah ke bengang ke sye akan senyap sepanjang masa.Kalau orang tanya angguk dengan geleng je jadi jawapan takpun jawab je taktahu walaupun tahu.Yela kalau bercakap nanti takut meletus pulak gunung berapi.Baik zip je mulut tu so takde lava yang keluar.
~cepat marah~
ni pun ye jugak lagi-lagi kat rumah dengan lil bro akim tuh.Sekali dah marah orang sebelah rumah pun boleh dengar.Guna suara high pitch tapi kat rumah jela guna high pitch kalau kat luar orang terkejut nanti.Ade jugak orang cakap ''garang jugak kau ni ek''.Tu sebab dia tak duduk serumah sebumbung seatap dengan sye kalau da duduk mau dia lari rumah kot.Tak tahan punya pasal.hehe
~macam pentingkan diri sendiri~
ni bukan macam tapi memang ye..hahaha tapi kadang-kadang je,,yela takkan nak pentingkan orang lain je sedangkan diri sendiri taktau ape.Tengok situasi jugak ler.Tapi pentingkan diri dalam hati je takde la sampai mengekspresikannya.
~tidak menolong orang kecuali diminta~
bukan taknak tolong tapi tak reti.Kalau disuruh tau la nak buat kalau senyap seribu bahasa sye pun buat bodo jela yer..huhu
tapi kalau kat rumah sendiri nak bersuruh jugak memang nak kene sepak la tu.
~suka melihat dari perspektifnya sendiri~
habis tu mcmana nak tengok dari perspektif orang lain?
~tidak suka menerima pandangan orang lain~
eh ni tipu tapi kadang-kadang boleh di terima jugak la..hehe
dah tu kalau pandangan orang tu tak betul takkan nak terima?
~emosi yang mudah terusik~
sangat-sangat ya.
kadang-kadang ok kadang-kadang tak.Tak faham betul dengan emosi sendiri ni.Kucar-kacir.Lagi-lagi time tuuuuttt.Habis semua orang nak marah bersama-sama muka ketat.
~suka berangan dan pandai bercakap~
lagi-lagi sebelum tidur takpun bagun tidur.Macam-macam yang diangankan.Merepek semuanya.Jadi Dokter,bos,CEO,businesswoman,cikgu tapi yang paling best jadi suri rumah tangga sepenuh masa..hehe
pandai bercakap?memang la tapi ayat berterabur sampai tak sempat nak kutip.At last speechless..Hmmm hampeh btol~
berangan nak jadi PM??oh tidak tidakkk!
~emosi yang kelam kabut~
2 x 5 la macam yang kat atas tu.Da macam orang gila.Emosi tak betul.
Sampaikan diri sendiri sedih pun taktau kenapa.
~daya firasat yang kuat (terutamanya perempuan)~
ha yang ni sye suka.Instinct kuat.Sebab tu selalu ikut kata hati.Kalau hati kata tak better jangan buat kalau tak akibatnya buruk.Sebagai contoh incident jatuh tergolek dog tu
''sedih je harini kenapa?" "ha mane tau orang tengah sedih"
benda ni selalu berlaku.Sye pun taktau nak cakap mcmane sye bole tau diorang tengah sedih sedangkan tengah mesej-mesej je.Mcm ade connection hati ke hati pulakk.hehe
~suka melancong,bidang sastera dan seni~
bukan setakat melancong,mak pergi buang sampah pun nak ikut apatah lagi melancong.
"fatin ni berjalan je keje" tak terkira berapa ramai yang guna dialog ni.
"fatin ni berjalan je keje" tak terkira berapa ramai yang guna dialog ni.
bidang sastera?ish tak retila nak buat ayat bunga-bunga ni tapi kalau kat sekolah dulu antara subjek yang diminati..eh ade belajar ke dulu?
seni?erk dulu benci gila subjek seni..tangan ni lagi keras drpd kayu kalau bab melukis.Kalau seni lain tu ok kot.
berseni tak??ahaha
berseni tak??ahaha
melancong dan melencong..hehe
~penyayang,pangasih dan lemah lembut~
YA Sye sayang kat KIKI dgn LALA..lalalala
sye sayang semua orang jugak..Family,BGFF,BBFF,sahabat-handai,followers,cikgu,lecturer,guard...semua orang lah senang!
lemah-lembut?tang mana tuh?Sye lemah-lembut?ish buat lawak pulak..
bukan emosi je kelam-kabut karekter pon sama kelam-kabut jugak.Kalau mood dalam keadaan stabil bolehla lemah lembut kalah sotong siap catwalk2 lagi kalah kucing sebelah rumah..tapi selalunya takde maknanya nak lemah-lembut jalan pun berterabur macam ketam yang tak diajar cara berjalan.
~romantik dalam percintaan~
yang ni tak tahulah pulak sebab tak pernah bercinta.
~mudah terusik hati dan cemburu~
takde la sampai cemburu tahap buta.Leklek je..tapi suka cemburu dengan semua orang..tah sape-sape pon nak cemcuru jgak.Rase macam hidup orang lain tu perfect.Apa yang diorang nak senang-senang je boleh dapat sedangkan sye..hurmm
eh buat cerita sedih pulak tetibe~
~ambil berat tentang orang lain~
taktau mcmane nk ambik ringan..hehe
~suka kegiatan luar~
~orang yang adil~
adil dan saksama...
~boros dan mudah dipengaruhi persekitaran~
boros tu ikut keadaan la..Sye ni bershopping pon ikut mood jgak.Kalau takde mood jangan harap nak pegi shopping so takla boros.Kalau tengah bermood agak boros sikit la..
tapi sye bukan materialistik ok!
lelaki suka ingat semua perempuan materialistik kenapa ha?
lelaki suka ingat semua perempuan materialistik kenapa ha?
~mudah patah semangat~
hanya untuk perkara tertentu.Kalau main game memang tak pernah nak patah semangat.Pasal study memang selalu la lagi-lagi kalau subjek kira-kira tak kesah la math ke calculus ke addmath ke physic ke sama je semua tu.Kira duti pun fail.10 keping duit RM10 boleh kata RM1000.Tak ke buat malu kaum keluarga je tu..hehe
~egois~
yang ni sye suka..hehehe
erm kalau tengah beremosi tahap keegoan lagi tinggi drpd tahap keegoan lelaki.
lagi ego kalau bab mengeluarkan air mata.Air mata mahal nih.Perkara tertentu je boleh buat sye nangis.Kalau pergi kem motivasi kan selalu ade slot nangis-nangis tu.Selalunya kena paksa air mata keluar..kalau bernasib baik ada la air mata kalau takde kena lah maki hamun dengan urusetia..hahaha nangis tak ikhlas!
antara kem yang paling best!!!
0 comments:
Post a Comment