sila bawak bertenang ye semua..sye masih berada di Malaysia.Ya Malaysia tanah tempat tumpah darahku..
sejak bila Malaysia dilanda musim sejuk kan?
sesuka hati sesedap rasa je kan kata ni musim sejuk..haha
dah tu bangun pagi-pagi tak nampak apa-apa..kitorang kat sini diselubungi misteri..eh misteri tu memang dah selalu haha..kali ni diselubungi kabus..bukan JEREBU ok!
sem ni kelas sye semua start 8 am..Ish mau beku mandi pagi-pagi berkabus ni..tapi buat masa ni alhamdulillah masih selamat tak beku lagi.
ha tak percaya..ambik ni!!
sampai tak nampak bangunan admin
so agak-agak boleh tak bagi excuse macam ni....
"miss sorry semalam saya tak pergi kelas sebab tak nampak bangunan admin..saya ingatkan pengarah dah alihkan bangunan admin tu tapi harini saya tengok ada pulak, saya pun jadi pelik serta-merta"
silly betul excuse tu kan..padahal bangun lambat..hahaha
*itu hanya lakonan semata-mata tak ade kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada.
masalah besar kitorang kat sini sekarang adalah...
baju tak reti-reti nak kering.Sebabnya dah kata musim sejuk matahari pun keluar manja-manja jek.
tengahari pun berselubung dalam selimut tau..sempat la berangan konon-konon ade kat Korea ke London ke..haish!Main baling-baling sabun serbuk ala-ala main salji..ahaha tu TIPU belaka..jangan percaya.
eh ada yang tak tau lokasi kejadian??
K.P its Kuala Pilah bukan Kubang Pasu takpun ape-apelah.
jangan tanya Kuala Pilah tu dekat mana..nak perli pun leklek laa..tau la kawasan terpencil kan..hahaha
ada nampak macam budak baik tak??
ke nampak macam budak sekolah?
adeh sampai sekarang ade orang tanya sye form berapa..kenapa muka tak layak masuk U ke?
spent time kat bilik Pika my ex roomate..
bilik dia nun jauh di sana..tingkat 5
dah sampai bilik dia memang berat hati la nak balik..
share gosip share movie..tu perkara biasa sampai dah penuh pendrive dengan movie yang berbagai..tu pun tak tertengok-tengok lagi..maklumla busy la katakan.
ha ni semalam punya kes..tak pasal-pasal je dapat malu..hahaha
taknak ah cerita kat korang nanti kena gelak!
lokasi:depan blok
ha bangunan tinggi ala KLCC tu la kolej kitorang..hehe tengok memang tinggi sejengkal cuba try daki perhhh gila kentang la beb..dapat pulak kena angkut barang berbakul-bakul naik tingkat 5!
nak try?nanti sye abis sem jom tolong angkut barang nak?
malam ni ada forum lagi..tajuk Remaja & Seksualiti..wow tajuk menarik hopefully menarik macam tajuknya..jangan la pulak indah khabar dari rupa.Dengar tajuk je semua semangat nak pergi..hahaha
cuba kalau suruh turun sebab pengarah nak jumpa..Jangan harap,sampai ade yang sangup duduk bergelap dalam bilik laa..huhu tu bukan sye yerr..sye budak baik!Baik la walaupun dengar taklimat sambil pasang earphone kat telinga kan..0ooppsss
sem ni kan dah berazam nak aktif seaktif-aktifnya..abis semua benda nak join..sampaikan memo pasal pertandingan debat tu pun dah memanggil-manggil suruh join sama..tapi aish debat kot,mampukah sye??ngeeee~
0 comments:
Post a Comment