Macam-macam cerita hot lagi sensasi kan minggu ni..Lagi-lagi hari jumaat yang baru lepas ni.Macam-macam jadi.Pagi-pagi lagi dah gempar dengan tragedi kat lif.Boleh pulak lif tu buat hal kan.16 orang termasuk seorang lecturer stuck kat dalam tu.Sye tak tau cerita selanjutnya sebab dah kena halau dengan guard kat situ.Tunggulah next week sye pegi cari gossip.Tu pun kalau dapat la kalau tak nasib lah!
Mesti lepas ni lift tu limited.Tak boleh lebih 10 orang naik kalau tak nanti ade bunyi tiiiiiiiiiiitttttt.Menyampah betul!Then kenala exercise naik tangga.Kalau setakat tingkat 3 boleh terima lagi tapi kalau tingkat 6 hari-hari jangan tanya kenapa tiba-tiba sye jadi kurus keding..hehe~
padat macam ikan sardin? |
Walaupun sye tak pernah jadi mangsa kejadian lif tu tibe-tibe sye yang fobia lebih-lebih.Seorang yang bernama Fatin Hanani memang takkan naik lif sorang-sorang unless terpaksa.Kalau terpaksa naik sorang-sorang tu macam-macam benda boleh jadi 'tiba-tiba teringat'.Masa tu la tiba-tiba teringat cerita skript 7707 yang bila lif tu terbukak nampak kubur.Pergh gila kentang wo!So bila pintu lif terbukak cepat-cepat tutup mata..hehe!
Ada satu ketika dulu classmate buat kelas masa cuti sebab nk bincang pasal assignment.Buat pulak dekat Bilik Kuliah tingkat 6.Masa tu pegi sorang-sorang so terpaksa la naik tangga jugak atas alasan takut.Yela mana ade orang masa cuti kan.Turun pun guna tangga jugak.Takot punya pasal kan.Then classmate tegur..
"rajinnya kau naik turun guna tangga.Apesal tak guna lif je?"
"Saje je nak exercise"Jawapan cover habis.!hahaha
lif vs tangga |
Balik kelas pulak dengar cerita pasal 'buang bayi 300 km'.Ok tu memang normal la kan pasal buang bayi tapi yang peliknya kenapa mesti 300 km dari tempat kejadian and tempat kejadian tu is Beting dan melibatkan salah seorang siswi IPTA di Kuala Pilah.Erm sye taknak comment panjang-panjang tapi ade dua tiga version jugakla cerita yang sye baca antaranya....
HARIAN METRO.
[b]Siswi tunggang motor 300km[/b]
Oleh Salman Hamat
am@hmetro.com.my
PONTIAN: Misteri ibu kepada bayi yang ditemui dalam mangkuk tandas di stesen minyak di Jalan Api-Api di sini, Ahad lalu, terbongkar selepas polis menahan seorang pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di rumah keluarganya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi berkata, gadis berusia 20-an itu ditahan selepas pihaknya mendapatkan gambarannya daripada pekerja stesen minyak berkenaan tidak lama selepas penemuan mayat bayi terbabit.
“Hasil maklumat, lokasi kediamannya dikesan dan kami ke sana jam 9 malam Rabu lalu, sebelum menahannya bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati gadis itu melahirkan bayi lelaki berkenaan di dalam tandas rumah sewanya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan,” katanya, semalam.
Menurut Zahaliman, siasatan mendapati pelajar tahun akhir itu menunggang motosikal seorang diri sejauh kira-kira 300 kilometer dari rumah sewanya untuk ke stesen minyak berkenaan.
Beliau berkata, gadis terbabit bimbang rahsianya melahirkan anak terbongkar dan nekad untuk cuba menutup perkara terbabit.
“Siasatan mendapati bayi itu dipercayai meninggal dunia sehari selepas dilahirkan, gadis terbabit kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sumber kedua(SINAR HARIAN)
KUALA PILAH - Sekumpulan empat penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terkejut apabila melihat kesan tompokan darah pada bilik air rumah sewa mereka di Kampung Parit Tinggi, Beting dekat sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Jaafar Baba berkata, salah seorang siswi terbabit yang curiga dengan penemuan itu membuat laporan polis keesokannya.
“Susulan laporan itu, pihak polis menjalankan siasatan lanjut dengan menggunakan unit anjing pengesan di rumah berkenaan bagi mengesan punca tompokan darah, kira-kira 6 petang, semalam (kelmarin).
“Hasil pemeriksaan, satu bungkusan kain dengan kesan darah dijumpai tertanam di kawasan belakang rumah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah dekat sini, semalam.
Menurut beliau, bungkusan kain berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, di sini untuk pemeriksaan lanjut dan setakat petang semalam, masih belum ada sebarang perkembangan.
Kata Jaafar, siasatan awal juga mempercayai seorang penuntut perempuan lain yang tinggal di rumah sewa sama tidak hadir mengikuti kuliah sejak 21 Februari lalu.
“Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada pihak yang boleh dikaitkan dengan penemuan ‘bungkusan misteri’ itu memandangkan proses siasatan belum selesai,” katanya.
Difahamkan, lima penuntut perempuan IPTA itu menyewa rumah berkenaan sejak dua bulan lalu.
Ni bukan sye reka,tapi ni sye ambik petikan dari akhbar-akhbar di Malaysia.Yela takkan kat UK pulak kan..
Sye pun tertanya-tanya adakah 2 berita ini kes yang sama?Lokasi macam sama tapi cerita macam lain je..Ntah laa labu!Rumours kat sini pun tak kurang hebatnya.Macam-macam versi ade.Yang mana betul yang mana salah hanya orang tertentu saja yang tahu.
1 comments:
perhhh!
berita HOT and SENBSASI melatOP!
Post a Comment